Shen Yee Aun vs Ridhuan Tee
Wednesday, April 28th, 2010
1. Bezanya, di Barat mungkin mereka tidak berapa kisah jika pemimpin mereka minum arak atau rosak akhlaknya. Bagi yang penting adalah wibawa dan karisma, tetapi norma sebegini tidak dapat diterima oleh masyarakat kita apatah orang Islam. Kita mahukan pemimpin yang baik dalam semua aspek, fizikal dan spiritual atau jasmani dan rohani.
Komentar Shen Yee Aun
Isu arak bukan satu – satunya isu untuk mengukur nilai dan akhlak seseorang. Bagaimana pula isu pemimpin seorang Presiden parti komponen Barisan Nasional yang ada skandal zinanya? Bagaimana pula dulu ada seorang pemimpin yang ada skandal dengan seorang artis di Port Dickson ? Bagaimana pula dengan pembunuhan warga asing di negara kita ? Adakah saudara Ridhuan Tee mencadangkan kepada kita semua untuk mengundi dan menyokong PAS dalam pilihan raya akan datang ?
Kalau ya maka semua Islam dan Melayu ikut tuntutan Ridhuan Tee untuk menyokong pemimpin yang baik dalam semua aspek iaitu meliputi fizikal , spriritual , rohoani dan jasmani.
Saya cabar Ridhuan Tee untuk namakan seorang pemimpin dan menteri dalam UMNO yang memenuhi kesemua kayu ukur pemimpin yang baik digariskan oleh anda. Seorang sahaja pun sudah memadai. Jangan lupa isu minum arak yang dibangkitkan terhadap seorang calon Pakatan Rakyat adalah ketika beliau berada di dalam UMNO. Mungkin juga beliau terpengaruh oleh budaya UMNO pada ketika itu.
Kedua , jangan lupa juga adab dan adat untuk bertanding dalam sesuatu pilihan raya juga amat penting juga. Pemimpin yang baik mesti berintegriti apabila mereka berstrategi dan berkempen. Pilihan untuk menyerang Zaid secara peribadi adalah lebih untuk menjatuhkan beliau daripada menginsafkan beliau. Kalau ikut Islam yang sebenar kita sepatutnya menginsafkan seseorang dan bukannya menjatuhkan mereka.
2. Secara peribadi, saya dapat menerima ketelusan barat mengendalikan pilihan raya tetapi menolak calon yang rosak akhlaknya untuk bertanding dalam pilihan raya walaupun mereka berwibawa. Ini kerana, kebiasaannya tabiat merokok, minum arak, berjudi dan berzina mempunyai unsur-unsur ketagihan, kecuali mereka benar-benar telah ‘bertaubat’. Kadang kala sukar juga untuk mempercayai pengakuan ‘taubat’ seseorang manusia selagi manusia itu tidak beriman sepenuhnya kepada Allah SWT. Ibarat kata pepatah Melayu, anjing jika sudah biasa makan tahi, tak dapat makan, hidu pun jadi. Hendaknya biarlah kita benar-benar bertaubat. Janganlah hari bertaubat, esok berjahat kerana berhajat lebih hina daripada menjadi penjahat.
KoKomentar Shen Yee Aun
Kesemua rangkap ini dapat saya simpulkan bahawa 1 peluru terhadap Zaid 1000 lagi kembali kepada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.
Kedua apabila anda dapat menerima hakikat ketelusan barat mengendalikan pilihan raya tetapi adakah pada masa yang sama anda juga menerima hakikat ketidaktelusan Malaysia mengendalikan pilihan raya ? Jika ya calon sebersih mana pun apa gunanya ?
3. Apapun, faktor peribadi dan latar belakang seseorang amat dititik beratkan oleh Islam apatah lagi jika ia hendak menjadi pemimpin kepada masyarakat. Pemimpin mesti menjadi role model. Mereka mesti kelihatan baik luar dan dalam. Sebaik-baiknya tidak melakukan dosa-dosa besar seperti berzina dan minum arak.
Istilah role model dalam bahasa Melayu adalah suri idola. Ridhuan Tee jangan lupa pemimpin yang masih memiliki sifat zaman jahiliah berunsur assabiyah dan memiliki semangat suku puak yang tinggi juga merupakan satu dosa yang besar. Semangat assabiyah inilah yang merumitkan proses penyebaran Islam pada suatu ketika dahulu.
4. Isu arak di negeri Selangor ini bukanlah isu baru. Kita telah dengar sebelum ini bagaimana parti ultra kiasu begitu marah kepada penguatkuasa bila mereka bertindak merampas arak yang dijual di kawasan majoriti Islam. Kita dapati parti ultra kiasu tidak dapat menerima hakikat ini. Mereka mengkritik hebat tindakan penguatkuasa dan serta merta mengeluarkan arahan supaya menghentikan tindakan tersebut. Sedangkan tujuannya adalah baik iaitu melarang orang Islam daripada minum arak. Kepada orang bukan Islam mereka boleh minum dan mandi arak, tidak siapa larang selagi tidak mengganggu ketenteraman awam.
Semua kawasan di Malaysia majoritinya juga kawasan Islam sebab Islam memiliki penganut yang paling ramai di Malaysia. Menjual di kawasan majoriti Islam tidak bermakna menjual kepada orang Islam. Kedua adakah proses perampasan arak itu berniat politik atau berniat agama ? Kalau agama mengapa kawasan dan tempat yang sama sebelum Mac 2008 tidak pula ada perampasan ?Ketiga jangan lupa lessen arak dan judi yang boleh dibekalkan oleh Persekutuan yang ditadbir oleh Barisan Nasional. Keempat jangan lupa pula strategi Barisan Nasional apabila berdepan dengan PAS yang benar – benar ikhlas menentang arak dan judi untuk menakut – nakutkan pengundi bukan Melayu bahawa mereka tidak boleh minum dan judi dibawah PAS. Kelima kalau negeri Selangor jual pun arak seperti negeri – negeri BN yang lain eksasis judi dan rokok telah menyumbang sebanyak 30% kepada keseluruhan pendapatan negara yang juga digunakan untuk pembangunan negara dan masyarakat oleh kerajaan BN.
5. Dalam konteks parlimen Hulu Selangor, kita sedia maklum bahawa kawasan ini mula membangun ketika Tan Sri Muhammad Taib menjadi menteri besar Selangor. Pada saya, jika pemilihan calon tidak berasaskan kuota parti, beliau adalah yang paling sesuai untuk bertanding di sana berbanding calon lain, sekiranya tidak ada kontroversi. Jasa beliau amat besar kepada penduduk Hulu Selangor. Saya tidaklah mengatakan bahawa Hulu Selangor masih penuh hutan tanpa beliau, tetapi itulah hakikatnya, biarlah kita berterus terang. Justeru, dalam pemilihan calon, kita perlu mencari calon yang menghampiri ketokohan Muhammad Taib, kerana tanpa beliau, Hulu Selangor mungkin masih hulu lagi.
k Komentar Shen Yee Aun
Ridhuan Tee hiprokrit. Tadi kata kita hendak pemimpin yang bersih. Kita tidak mahu pemimpin yang tidak bersih walaupun mereka berkarisma dan berkebolehan. Sudah lupa Mat Taib pernah kata di Mahkamah beliau tidak tahu berbahasa Inggeris ? Kedua sudah lupa skandal rasuah 100 juta beliau di Australia ? Anda mengharamkan arak tetapi menghalalkan manusia skandal rasuah 100 juta? Jangan kata mahkamah sudah lepaskan kerana kalau begitu Zaid pun belum dibawa ke mahkamah. Jika benar kawasan Hulu Selangor benar – benar membangun maka mengapa BN perlu keluar berjuta – juta ringgit bersaing dengan Pakatan untuk membangunkan kawasan Hulu Selangor yang masih lagi banyak yang mundur pembangunnnya ?
6. Bandingkan perubahan kawasan tersebut sebelum ini dengan dua tahun lalu setelah kepimpinan bertukar tangan. Adakah terdapat perubahan yang ketara atau sekadar penerusan agenda pembangunan sebelum ini semata-mata?
Ko Komentar Shen Yee Aun
Kalau ya pun penerusan agenda pembangunan keadaan ini sudah melambangkan Pakatan Rakyat bersifat etika dan professional dalam pentadbiran mereka. Mereka tidak akan membatalkan rancangan pembangunan agenda lama sekirannya bermanfaat. Mereka tidak kisah itu agenda siapa. Mereka lebih pentingkan kesan kepada masyarakat. Hanya BN selama ini yang suka untuk membeza – bezakan antara agenda mereka dengan pembangkang sedangkan ada agenda pembangkang yang baik dihenti serta merta. Kedua sila bandingkan jangka masa 2 tahun dengan 50 tahun iaitu sebanyak hampir 25 kali bezanya jangka masanya.
7. Kita perlu menilai adakah kepemimpinan dua tahun kebelakangan ini telah mengotakan janji-janji pilihan raya mereka atau cakap tidak serupa bikin.
Komentar Shen Yee Aun
Jika janji 50 tahun pun susah hendak ditunaikan apa rasionalnya untuk janji 2 tahun ditunaikan sepenuhnya ? Kedua jika benar kata kamu tiada pembangunan maka BN juga gagal sebagai kerajaan Persekutuan untuk membantu kawasan Hulu Selangor apatah lagi kawasan DUN Hulu Selangor banyak juga dipegang oleh BN. Kawasan Parlimen Hulu Selangor Pakatan Rakyat adalah pembangkang di Parlimen jika kamu hendak bermain isu ini.
Dalam sistem demokrasi, kemenangan pilihan raya tidak cukup, sekiranya tidak mendapat dua pertiga majoriti seperti berlaku pada hari ini. Akibatnya parlimen tidak dapat berfungsi dengan baik. Banyak perkara tertangguh disebabkan berlaku boikot-memboikot dalam sidang parlimen sehingga tidak menampakkan kematangan. Justeru, kemenangan dua per tiga adalah amat penting. Dalam mendapatkan kemenangan ini, calon yang berwibawa hendaklah diketengahkan berasaskan kehendak majoriti. Pada saya, jika kaum minoriti tidak mempunyai kawasan majoriti mereka, maka tidak perlu bertanding. Lebih elok kiranya wakil mereka dilantik sebagai senator daripada bertanding dalam pilihan raya. Itulah lebih membawa manfaat dalam menentukan kemenangan dua pertiga.
Komentar Shen Yee Aun
Jangan lupa gentetik dalam darah yang mengalir dalam tubuhmu juga darahkaum minoriti. Kalau benar kata anda maka anda selaku kaum minoriti di sini juga tidak layak bersuara. Sistem demokrasi yang subuh juga mementingkan sistem 2 parti. Sekirannya penangguhan demi untuk menangguhkan pelan , polisi dan dasar yang tidak memanfaatkan maka itulah yang mamaparkan kematangan politik. Jika Tuan Speaker dan keadaan di Parlimen adil maka isu boikot tidak akan timbul.
Kepada pengundi Hulu Selangor, selamat mengundi dan buatlah pilihan yang bijak. Masa depan Selangor berada di tangan anda. Saya pasti saudara semua boleh menilaikan antara kaca dengan permata.
Kepada penulis selamat membaca dan menganalisis tulisan Ridhuan Tee dengan bijak. Masa depan kita terletak di tangan anda. Saya pasti saudara semua boleh menilai Ridhuan Tee yang kaca cuba ingatkan beliau permata.
