Archive for June, 2010

Musuh Barisan Nasional Adalah Arah Angin

Sunday, June 13th, 2010


Oleh : Shen Yee Aun

Musuh Barisan Nasional Adalah Arah Angin

Artikel ini adalah akar dan benih kepada segala permasalahan , kelemahan dan kekurangan Barisan Nasional dan juga pada masa yang sama ubat dan senjata kepada kekuatan dan kemenangan Barisan Nasional. Artikel ini mungkin panjang tapi kalau diteliti dengan rapi tidak mustahil cahaya yang terang akan menerangi  cahaya yang semakin malap. Segala falsafah yang dikemukakan jika diselami dengan sebaik – baiknya saya yakin anda atau sesiapa mampu mencari jawapan di akhirnya nanti.

Jika sesiapa dalam BN menguasai maksud tersurat dan tersirat  artikel ini dengan baik saya jamin Dato Seri Anwar Ibrahim pun bukan lawan kamu.

Barisan Nasional kini sedang berdepan dengan arah angin yang bertentangan dengan mereka. Musuh mereka yang sebenar bukannya Anwar , Pakatan Rakyat atau sesiapa. Musuhnya adalah arah angin yang tidak sehaluan dengan mereka.

Bahagian 1

1.       Perubahan Selera Masyarakat  ( Perubahan dan Pembaharuan )

2.       Sifat Lumrah Dalam Diri Pemuda Yang Suka Menentang

3.       Perubahan Persekitaran Sedunia

4.       Kesan Kitaran Ekonomi Sedunia

Bahagian 2

5.       Proses Kemajuan Perbandaran dan Kematangan Minda

6.       Tuntutan dan Kehendak Zaman Yang Berbeza

7.       Amalan Yang Sudah Menjadi Budaya Secara Tidak Terancang

8.       Strategi Bersifat Mikro dan Jangka Pendek Tanpa Memikirkan Makro dan Jangka Panjang

1.0          Perubahan Selera Masyarakat

Kita terlebih dahulu perlu memahami lumrah sifat dan kehidupan manusia dengan baik. Jika kita gagal berbuat demikian kita tidak akan sesekali menjadi Maharaja dalam politik. Walaupun politik memiliki dunianya yang tersendiri namun roh dan jasad dalam rangka dan tubuh dunia tersebut adalah manusia. Oleh itu , politik sebenarnya adalah sebahagian daripada kehidupan. Dalam kehidupan manusia pula kita sedar  psikologi manusia yang selalu suka akan benda – benda yang baharu.

Hubung kaitnya pula jika idea seorang Lagenda Kebangsaan bergelar Dato Onn Jaafar yang berhasrat membuka keahlian UMNO kepada semua kaum demi mewujudkan sebuah parti multibangsa pada zaman dan ketika beliau cadangkan tidak sesuai dengan seleran dan citra rasa masyarakat pada ketika itu. Idea ini terpaksa berdepan dengan jalan buntu kerana idea yang baik kita lihat pada hari ini adalah idea yang buruh pada kaca masyarakat pada ketika itu.

Namun , setelah 50 tahun Barisan Nasional selesa dengan selera masyarakat yang berpihak kepada mereka sudah berubah apabila idea lama dikembalikan untuk menghantui mereka. Jika dahulu parti berasakan kaum adalah asset tetapi hari ini sudah mula menjadi liabiliti. Sebab itu Dato Seri Anwar Ibrahim yang bertopengkan panglima dan pejuang Melayu yang tulen sudah bertukar wajah kepada pelbagai bangsa. Dalam hampir setiap ceramahnya dia tekankan bahawa anak Melayu , Cina , India , Kadazan , Bidayu dan sebagainya adalah anaknya.

Anda boleh label Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai hiprokrit jika anda suka tapi dalam politik sesiapa yang bijak mengetahui selera masyarakat merekalah yang akan menguasai kuasa dan pengaruh politik. Begitu juga apabila kita berniaga kita wajib tahu permintaan dan kehendak pengguna , pelanggan dan pembeli pada setiap masa. Pesaing anda akan mendahalui atau menghantui anda sekirannya mereka lebih pantas mengetahui kehendak sasaran mereka.

PAS dalam muktamar mereka baru – baru ini juga sudah membuat pembaharuan yang drastik apabila membenarkan calon bukan Islam bertanding atas tiket PAS. Idea dan perjuangan fundamental dan asas PAS tidak berubah. Yang berubah hanyalah PEMBUNGKUSAN dan PENJENAMAAN  yang Barisan Nasional gagal melakukannya sehingga hari ini.

Tiada sesuatu yang muktamad di dunia ini. Aset semalam mungkin menjadi liabiliti pada hari dan liabiliti pada hari ini mungkin menjadi asset pada keesokan hari.

Oleh itu , idea asas parti berasas kaum tidak perlu berubah. Status quo boleh kekal sedemikian seperti sedia kala namun perlukan pembaharuan dari segi pembungkusan dan penjenamaan ibaratkan dalam perniagaan produk yang sama tetapi pembungkusan yang berbeza – beza pada setiap masa. Idea asas kereta Volvo yang memperjuangkan keselamatan pengguna kereta masih kekal sehingga hari ini namun model , warna dan spesifikasi kereta sentiasa berubah dan diperbaharui. Anda akan ketinggalan dalam pasaran sekirannya anda gagal memuaskan nafsu selera manusia yang sukakan kepada benda baharu.

Contoh idea asas UMNO untuk Melayu , MCA untuk Cina dan MIC untuk India boleh kekal seperti biasa namun pergerakan dan cara politik perlukan pembaharuan. Mungkin jika sebelum ini setiap parti komponen Barisan Nasional  pusat khidmat mereka beroperasi secara berasingan tetapi kini boleh beroperasi di bawah satu payung dalam setiap kawasan parliament dan DUN. Pusat Khidmat yang memiliki pemimpin dan perkhidmat yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Mungkin juga diwajibkan setiap pemimpin dan ahli parlimen Barisan Nasional wajib melantik 2 bangsa berlainan daripada bangsa sendiri sebagai pembantu peribadi mereka.

Bangsa boleh mengikut parti tetapi perjuangan dan operasi pergerakan politik tidak boleh diasingkan dan mesti  kelihatan bergerak bersama – sama dengan penglibatan dan penyatuan semua kaum.

Mungkin juga Barisan Nasional dengan kapasiti dan kekukuhan kewangan serta sumber yang mereka ada boleh tubuhkan Parti 1 Malaysia untuk menjadi salah satu daripada komponen parti dalam BN. Dalam parti yang baru ditubuhkan ini pula masukkan kesemua ahli – ahli bebas yang sudah keluar dan lompat daripada Pakatan Rakyat. Juga mungkin krisis dalaman setiap komponen parti dalam Barisan Nasional dapat diselesaikan apabila Murugiah yang sudah kehilangan tempat dan kekecewaan dalam PPP disuntik ke dalam parti ini. Subramanian dan Pertubuhan GAS dalam MIC dimasukkan dalam parti ini. Ong Tee Keat yang masih dihormati boleh keluar ke parti ini. Sediakan satu platform kepada mereka yang masih hebat tetapi sudah penat dalam parti dalaman mereka sendiri tetapi masih menyokong BN boleh keluar ke parti yang ditubuhkan ini. Keadaan ini akan menghalang pengaliran pemimpin hebat daripada BN terus ditarik kepada Pakatan Rakyat secara percuma.

Pada ketika itulah produk anda memiliki kelebihan berbanding dengan lawan. Lawan produknya hanya multibangsa tetapi anda ada kedua – duanya sekali apabila ada produk berasaskan kaum dan juga produk multibangsa pada masa yang sama.

BN kena berfikir di luar petak untuk melakukan pembungkusan dan penjenamaan yang efektif. Jangan sesekali samakan 1 Malaysia dan beberapa polisi dan dasar kerajaan sebagai pembaharuan imej BN. Walaupun hampir sama namun masih terdapat perbezaan antara imej kerajaan dan imej BN sebagai parti politik. Dasar dan polisi itu adalah untuk menukar wajah dan imej pentadbiran dan pengurusan serta kepimpinan kerajaan namun perkara yang sama perlu dilakukan secara politik dalam BN. Anda perlukan pembungkunsan , pembaharuan dan penjenamaan politik baharu.

Jika lawan anda sentiasa kreatif menawarkan produk baharu dan anda masih leka dengan imej lama maka makin hari makin anda akan kehilangan tempat dalam pasaran tersebut.

2.0 Sifat Lumrah Dalam Diri Pemuda Yang Suka Menentang

Ramai dalam kalangan anda sudah berumah tangga dan sudah pun menjadi ibu dan bapa kepada anak – anak sendiri dan ada juga yang sudah bergelar datuk dan nenek. Perangai anak remaja anda hari ini adalah refleksi perangai mereka dalam politik tanpa mereka sedari. Budak – budak kini sememangnya suka menentang arus.

Anda tidak boleh lagi menjadi ibu bapa yang tegas seperti dahulu. Anak – anak bukan sahaja tidak akan mendengar kata tetapi menjadi lebih degil dan lebih parah mereka mulai membencimu. Budak – budak sekarang juga perlukan ruang dan had batasan kebebasan mereka yang tersendiri. Terlalu mengawal anak – anak juga akan memberontak. Budak – budak sekarang lain dengan remaja zaman dahulu. Mereka sudah bijak menyoal.

Oleh itu budaya rotan di sekolah pun sudah tidak lagi menjadi pendekatan yang paling efektif dalam berdepan dengan remaja kini. Golongan ini juga amat memeningkan BN pada ketika ini. BN pening sebab mereka masih berpegang pada falsafah rotan dan bukannya kaunseling , psikologi , ganjaran dan diplomasi.

Bayangkan anda berada dalam dunia perniagaan dimana memposisikan pemasaran    ( market positioning ) kita dalam pasaran adalah satu perkara yang amat penting. Banyak udang banyak garam banyak orang maka banyaklah ragamnya. Jika mereka dalam pasaran politik yang sememangnya lumrah mereka adalah untuk melawan dan memberontak maka pasaran ini akan berpegang pada pembangkang. Anda pula jangan berlaga dalam Red Market iaitu pasaran yang sudah keruh. Cari pasaran biru anda yang belum ditembusi.

Pecahan remaja banyak kategorinya. Bukan semua yang meminati politik. Realitinya yang menyukai politik adalah sebilangan kecil sahaja dan pembangkang bijak menawan mereka. Anda pula cari remaja yang memiliki minat yang berbeza. Ada yang suka kepada hiburan. Ada yang suka kepada pelajaran. Ada yang suka kepada sukan dan permainan. Jika lawan anda menawarkan platform dan produk kepada remaja yang meminati politik anda pula sediakan kepada mereka yang memiliki minat dan selera yang berbeza.

Anda selama ini gagal dan dihantui oleh pemuda sebab anda sedang bersaing dalam pasaran politik remaja dan pemuda kategori politik yang sah – sah lumrah dalaman mereka tidak akan berpihak kepada kamu.

Apatah lagi pemuda yang dalam kategori dalam politik yang berpihak kepada kamu tidak pun dihargai oleh kamu dengan baik. Politik kampus kebangsaan majoritinya keputusannya pro kerajaan yang menang. Mengapa pula bila politik sebenar di luar kampus anda pula kalah ? Tepuklah dada dan tanyalah selera anda sendiri. Berapa ramai dalam kalangan anda benar – benar turun tarik satu per satu. Rayu dan pujuk mereka menyertai dan menyokong BN? Sediakan platform dan landasan politik untuk mereka.

Jangan kata Mahasiswa dan pemimpin pelajar biasa hatta ramai YDP yang saya kenal keluar daripada kampus kerja sebagai guru , penjawat awam dan ada yang menjadi kerani pun ada.  Pembangkang pula rajin turun ke padang tarik satu per satu. Pemuda biar bijak dan hebat manapun tetap muda dan mentah lagi. Golongan inilah yang paling mudah dilentur dan brainwash. Anda sahaja yang tidak bijak mengeksplotasinya.

Pembangkang menjadi salesman yang agresif dan efektif. Anda pula jadi salesman yang tunggu orang jumpa kamu untuk beli produk anda. Itupun lepas beli tidak dijaga dengan baik.

3.0          Perubahan Persekitaran Sedunia

Segala benda di dunia ini ada kitarannya seperti roda yang sentiasa berputar. Tiada sesuatu yang muktlak selama – lamanya.

Jika Malaysia suatu ketika dahulu terpengaruh dengan perubahan politik dunia pada suatu ketika dahulu untuk mencapai kesedaran menuntut kemerdekaan sebagai perjuangan utama kita oleh perjuangan Mahatma Gandhi berjaya mendapat kemerdekaan untuk India daripada tangan British. Mengapa tidak situasi politik hari ini juga akan terpengaruh dengan apa yang berlaku di sekeliling?

Beberapa tahun ini kita lihat satu fenomena politik dunia yang amat mengejutkan ramai pihak. Parti politik paling lama di Taiwan berjaya digulingkan. Kulit hitam pertama di dunia menjadi Presiden Amerika Syarikat.  Perubahan parti politik berubah kuasa di Jepun , Korea Selatan , Indonesia , Thailand , Filipina semuanya telah bertukar tangan dan kuasa. Britain dan Australia turut menerima nasib yang sama.  Jangan pula lihat pada dimensi lain kata Singapura masih kekal berkuasa. Terdepat perbezaan yang amat ketara antara maksud perkataaan tidak akan dan belum. Malaysia hampir bertukar tangan dilanda Tsunami 2008.

Ada kalanya kita tidak perlu belajar daripada kesilapan dan kegagalan sendiri. Kita boleh belajar daripada kesilapan dan kegagalan orang lain. Lihat di sekeliling anda dan jangan biarkan perkara tersebut berlaku pada dirimua. Jangan sudah terhantuk baharu tengadah. Itupun sudah separuh terhantuk. Percayalah jika lambat dan silap bertindak maka anda akan kehilangan Putrajaya bukan kerana Anwar Ibrahim , Pakatan Rakyat atau sesiapa tetapi anda sebenarnya lemas di tangan anda sendiri. Dalam sebuah permainan catur setiap langkah yang diambil adalah percaturan anda sendiri dan bukannya kerana lawan anda hebat. Lawan anda hanya akan menjadi hebat jika anda tidak hebat.

Kajian terperinci seharusnya dilakukan untuk mengetahui mengapa parti – parti politik ibaratkan tembok besar China di beberapa buah negara di sekeliling kita runtuh dan dari situ baharu anda akan mendapat ubat untuk mengubati penyakit yang sedang dihidapi anda.

Tapi ramai mesti kaji mengapa Obama menangkan? Itu sepatutnya kerja pembangkang. Belajar bagaimana untuk gulingkan pemerintahan sedia ada. Anda sepatutnya belajar mengapa Mc Cain tewas kepada seorang yang kulitnya di situasi Amerika Syarikat pun sudah tidak menyebelahinya.

4.0          Kesan Kitaran Ekonomi Sedunia

Kitaran ini bukannya kali pertama berlaku. Hampir setiap 10 tahun mesti akan berlaku. Sepatutnya langkah awal sudah mesti diambil apabila tahun – tahun mendekati kilat dan petir kitaran itu berlaku. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Jika masih kekal berkuasa untuk PR 13 bersiap sedialah untuk kitaran ekonomi yang seterusnya. Belajar daripada kesilapan lampau.

Peliknya anda memilih untuk meningkatkan harga minyak apabila anda yang berkuasa untuk menentukan tarikh pilhan raya. Jarak peningkatan harga minyak dengan pilihan raya amat dekat. Sama ada lakukan selepas pilihan raya atau jika hendak sebelum biar ada jarak yang lebar. Samalah seperti buah catur. Anda buah catur putih. Memulakan langkah pertama dan dalam catur anda sebenarnya ada 1 langkah lebih berbanding lawan anda tapi gagal dieksploitasi dengan baik.

Belajarlah dari negara China. Dilanda ekonomi dunia pula peliknya ekonomi mereka melonjak naik. Ada kalanya saya pun tertanya – tanya percaturan BN. Daripada menggunakan wang berjuta – juta ringgit untuk fikirkan idea perpaduan dan konsep 1 Malaysia mengapa tidak guna untuk ekonomi ? Idea perpaduan tidak ternilai dan memang hebat tapi harganya tidaklah sampai berjuta – juta. Contoh air adalah sesuatu yang tidak ternilai tetapi harganya beberapa sen dan ringgit sahaja. Masalah perkauman adalah ancaman dan masalah yang semakin keruh. Rakyat Malaysia biasa yang tidak bijak pun dapat merangka konsep sedemikian dan sememangnya perkara pertama yang perlu dilakukan dan juga perkara yang perlu diperjuangkan namun harganya adalah ibaratkan air yang tidak ternilai tetapi harganya taklah bernilai sangat.

Saya bukannya seseorang yang konservatif. Saya amat terbuka. Tidak kisahlah kalau hendak guna khidmat Israel atau tidak ( pandangan peribadi ). Tapi kalau nak guna pun khidmat mereka gunalah untuk perkara yang lebih diperlukan. Bayarlah dan suruh mereka rangka ekonomi kita. Belajar bagaimana mereka sebuah negara yang kecil mampu menguasai hampir 60% daripada keseluruhan ekonomi Amerika Syarikat. Pada pandangan peribadai saya belajar daripada Israel tidak semestinya bersubahat dan menyokong mereka. Rasanya Islam tidak akan melarang umat – umatnya untuk belajar dan bergurukan daripada orang lain termasuk Israel. Wahyu pertama juga mementingkan ilmu pengetahuan.

Saya salahkan BN isu APCO bukan kerana APCO itu Yahudi. Itu adalah sentiment politik dan emosi. Rasionalnya kita sebenarnya dipermainkan oleh Yahudi. Mereka rangka konsep yang sama kepada Indonesia. Slogan Indonesia pun masyarakat didahulukan , prestasi diutamakan dan berpegang pada konsep 1 Indonesia. Ini adalah satu bentuk pembelian produk perniagaan yang tidak menguntungkan. Kalaulah kita sudah bayar untuk produk tersebut hak cipta tersebut sepatutnya milik kita. Kini terpaksa berkongsi dengan Indonesia.

Bahagian 2 akan bersambung