Komen Debat Anwar dan Shabeery ?

Saya tidak berpeluang untuk menonton tetapi menerima berpuluh - puluh SMS semak fakta , tanya pendapat dan sebagainya kerana mereka tahu saya juga seorang pendebat. Namun saya berpeluang melihat siaran tertunda di TV3 selepas tamat mengajar.
Si Fu debat saya pula SMS kepada saya kalau Anwar lawan Mahathir , Anwar akan kalah. Saya tidak menolak kemungkinan dan kenyataan SI FU debat saya walaupun secara realitinya Anwar tidak berdebat dengan Mahathir. Kenyataan ini hanya analisa SI FU saya dan saya sendiri amat bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana sebagai seorang pendebat kita telah membuat analisa kesemua teknik debat dan bidasan majoriti pemimpin di negara kita. Tinggalkan isu ini kerana tidak relevan dengan debat Anwar dan Shabeery
SI FU saya berkata Shaberry tidak perform dan beliau tidak spontan seperti kita berdua. Shaberry banyak bergantung kepada fakta yang diperoleh olehnya tetapi tidak mampu berdebat dengan spontan jika hendak berbanding dengan Anwar.SI FU juga berkata Anwar merupakan seorang ahli politik yang lama dan setiap perkataan , pergerakan dan mimik mukanya ada makna - makna tertentu.
Shabeery banyak keluar tajuk dan tidak menjawab soalan dan usul. Anwar pula terdorong untuk menjawab perkara yang tidak berkaitan dengan usul apabila diprovokasi oleh Shaberry. Namun Anwar sudah berubah. Beliau sudah lebih tenang. Tidak beremosi seperti zaman muda lagi. Serangan peribadi demi serangan saya lihat hanya tersenyum lebar sahaja.
Saya kagum dengan Shabeery walau siapa nak kata apa sekali pun. Menang atau kalah bukan persoalan yang harus ditimbulkan tetapi keberanian dan semangat juang yang tinggi yang ada pada dirinya. Saya bukanlah hendak mengangkat -angkat Anwar tetapi di negara kita berapa ramai yang berani mencabar Anwar dan apatah lagi menerima cabaran. SHABERRY BAIK KALAH ATAU MENANG tetap mencipta sejarah dan turut mendorong kepada perkembangan politik dan demokrasi yang lebih sihat di negara kita.
Untuk Anwar saya kagum dengan ketenangan dan kespontanan kamu. Keprofesionalisme kamu untuk menuju ke arah Shaberry dan berjabat tangan amat dipuji. Kalau suruh saya jadi hakim Anwar menang tetapi dengan margin yang tipis. Walaupun Si Fu debat kata Shaberry tak perform bagi saya cukup memuaskan.
July 16th, 2008 at 7:50 am
[…] As usual, a lot of people blogged about it and you can see and judge based on their response. Even the torrent is out and not to forget on Flickr and the official video from Anwar Ibrahim blog. […]
July 16th, 2008 at 8:20 pm
Debat ialah suatu latihan minda sahaja… kalah menang sesuatu debat itu terlalu subjektif…
Macamana Shabery nak menang persepsi umum… Semua orang inginkan harga minyak akan turun… tidak mungkin tinjauan suara kan mengatakan Shabery boleh menang…
Walau pun saya bukan ahli UMNO, tetapi pada hemat saya Shabery memang gentleman.. isu ini bukan isu untuk didebat. Ianya lebih kepada isu menghentam kerajaan.. tapi apa yang Anwar buat? Dia pun adekalanya terjerat diri sendiri..
saya melihat debat ini hanyalah sebagai suatu aktiviti politik sahaja… ianya hanya untuk mengukuhkan kedudukan politik masing-masing… Shabery akan dilihat sebgai “the man who is brave enough to face Anwar” dalam topik debat yang sememangnya berat kepada Anwar… Anwar agak tidak berjaya untuk menghentam kerajaan serta berhujah dengan meyakinkan…
Apa pun harga minyak tetap tidak turun dan Anwar pun sudah melepaskan satu peluang yang keemasan untuk meyakinkan rakyat Malaysia
July 16th, 2008 at 10:19 pm
This joker, stop me enter the local university.
To me, this joker… TAK BOLEH HARAP
He say he will reduce the fuel price for 50sen if he rule the country.
But for how long ??? one day… 2 days or more ??? he never commit
Like that, I also can commit, I will give petrol free if I become the PM. But free for 1 hour only…