5 tembakan pun tidak mati

Oleh : Shen Yee Aun

5 tembakan pun tidak mati

Suatu ketika dahulu terletaknya sebuah negara bernama Pandora yang memiliki sistem keselamatan dan pertahanan yang terbaik di dunia. Negara Pandora ada kapal jet dan kapal selam yang bertaraf dunia. Laksamana mereka pula semasa muda sukar menghunus sejenis senjata yang panjang. Senjata itu akan dihunus ke langit walaupun negara itu aman dan damai.

Kehebatan pasukan keselamatan negara tersebut memang tiada tandingnya . Sampaikan ada kenderaan yang dicuri pun pasukan keselamatan tidak akan duduk berdiam diri. Mereka rajin mengejar kenderaan dan sampai ke tahap melepaskan tembakan. Bayangkan betapa baiknya negara Pandora. Pencuri kereta pun akan kena 5 tembakan. Kalaulah pembunuh , perogol dan perompak entah berapa tembakan yang akan dilepaskan.

Mungkin benar rakyat didahulukan pretasi diutamakan. Keselamatan rakyat mereka dahulukan. Prestasi hulubalang – hulubalng memang mengikut KPI malahan lebih daripada 100 markah sebab pencuri kenderaan pun hulubalang rajin mengejar pencuri tersebut. Itulah Pandora Boleh sebab negara tersebut memang cemerlang , gemilang dan terbilang.

Hulubalang semua pun bersih , cekap dan amanah. Pencuri kereta tersebut pun dikatakan oleh Laksamana berbahaya kepada rakyat. Pertama kereta itu adalah kereta curi. Kedua ada senjata dalam kereta tersebut. Kesemua senjata yang ada dalam kereta adalah alat – alat untuk membaiki kereta. Negara Pandora memang selamat. Alat baiki kereta pun tidak boleh bawa keluar. Kalau bawa akan bahayakan rakyat. Demi keselamatan rakyat maka mereka melepaskan tembakan.

Dikatakan pencuri kereta itu merempuh ke arah pasukan hulubalang yang telah menjalankan kerja mereka. Tapi peliknya das tembakan itu datang dari belakang ? Mungkin dalam jalan yang lurus sepatutnya kereta mara ke depan pencuri kereta itu merempuh ke belakang ? Lepas 5 tembakan dilepaskan hebatnya pencuri kereta tidak mati. Entah pencuri kereta itu hebat atau penembak itu hebat? Lepas tembak lagi tak mati hulubalang mara ke depan dan pijak pijak pencuri kereta tersebut.

Kalaulah pencuri kereta yang tidak ada pisau dan pistol pun. Tidak membalas serangan pun. Tidak tahu menumbuk sekali pun. Lemah sahaja. 5 tembakan pun tidak boleh mati. Kalaulah ada pembunuh atau perompak yang ada senapang entah hulubalang yang akan mati dahulu atau pembunuh dan perompak tersebut mati dulu? Atau kalau hendak bunuh pembunuh dan perompak entah berapa das tembakan baharu mereka boleh mati ?

Kalau begitu bila ada peperangan nanti Pandora boleh selamat ke? Jangan risau. Penembak dan hulubalang Pandora semua hebat. Semua sudah dilatih. Laksamana mereka kalau hunus senjata ke langit sahaja semua orang akan mati. Sebernanya hulubalang tersebut memang berperikemanusian. Hanya sekadar hendak memberi amaran dan pengajaran kepada pencuri kenderaan. Tidak ada niat hendak membunuh pencuri tersebut. Hebatnya mereka tahu melepaskan 5 das tembakan dengan tepat sehingga tidak mengakibatkan sebarang kematian.

Sebab itu Pandora memang selamat hendak didiami. Sejarah kerajaan di dunia pertama yang lepas tembakan kepada pencuri kereta. Sejarah pertama kali di dunia ada orang merempuh kereta dari belakang dan das tembakan datang dari belakang. Sejarah pertama di dunia alat baiki kereta pun tidak boleh bawa keluar. Sejarah pertama di dunia penjenayah yang tidak bersenjata pun dilepaskan tembakan. Sejarah pertama kali di dunia lepas tembak dipijak pijak lagi si pencuri itu. Sejarah pertama kali di dunia 5 tembakan orang yang tidak bersenjata pun tidak boleh mati. Begitu tepat sasaran das tembakan mereka untuk tidak matikan pencuri tersebut. Sejarah pertama kali di dunia apabila apa pencuri kereta dan mereka yang menghalang hulubalang melakukan kerja tidak didakwa , dipenjara dan diambil tindakan . Sebaliknya si pencuri yang hendak mendakwa dan mengambil tindakan.

Pandora Boleh !

Leave a Reply