Penyokong Ibrahim Ali PERKASA

Penyokong yang label saya sebagai penakut di You Tube
Bukan saya takut tidak mahu siarkan muka saya dalam video tersebut.

Pertama , saya sendiri yang meramkamkan video tersebut maka hanya boleh dengar suara. Kalau sesiapa sudi hendak rakam muka saya tidak ada masalah. Saya tetap berani untuk bersuara.

Lagipun nama saya Shen Yee Aun sudah letak di sana. Buat apa nak takut? Google sahaja nama saya boleh dapat semua informasi termasuk semua gambar saya di laman maya.

Lagipun saya sudah pun menyiarkan surat terbuka kepada Ibrahim Ali di Malaysia Today.

Saya bila - bila sahaja sudi berdebat dengan mana - mana orang daripada PERKASA . Bawalah sahaja sesiapa daripada PERKASA. Berapa orang pun tidak kisah. Saya seorang tetap akan berdiri teguh di pentas itu untuk menerima sebarang cabaran.

3 Responses to “Penyokong Ibrahim Ali PERKASA”

  1. Kenntzen Says:

    Shen,

    Kalau berdebat dgn Perkasa, jangan lupa jemput atau alert kami.

    Harap dapat tengok live debat ni, lebih syiok drpd HULU SELANGOR

  2. Shen Yee Aun Says:

    Haha. You think they will every dare to Debate ? I doubt so.

    Thanks bro…

  3. No Prejudice Says:

    Mereka yang membantahkerana takutkan ‘bayang-bayang yang tak pasti’ menghambat ‘masa depan’ mereka.

    Bayang-bayang itu adalah kegusaran yang timbul dek kelantangan bro melontarkan idea yang mereka tak mampu hadam dengan sempurna. lalu diterjemahkan dari lontaran ‘label yang salah’.

    masa depan yang kononnya adalah survival dan perjuangan(lebih kepada maruah perjuangan) yang saya percaya disalah tafsir kerana sumber tafsiran yang bobrok.

    kebebasan bersuran hanya kepada mereka yang berani untuk melihat perubahan yang aktif

    (bertambah baik dari masa ke semasa).

Leave a Reply