Falsafah Hidup 2
Oleh : Shen Yee Aun
Manusia ini ada kalanya memang pelik. Jika mereka dapat pilih antara hidup singkat dan hidup panjang umur mereka akan memilih untuk hidup panjang umur.
Namun pada masa yang sama dalam perjuangan kehidupan mereka tidak ramai yang memegang pada falsafah dan selari dengan pilihan mereka untuk memilik umur yang panjang.
Ramai yang suka mengambil dan keadah jalan singkat berbanding jalan panjang dalam kehidupan mereka tidak kira apa jua perkara sekali pun.
Jika pelajar mereka akan memilih untuk meniru.
Jika wanita mereka akan memilih untuk menjual harga diri
Jika dewasa suka terlibat dalam skim cepat kaya
Jika orang politik suka ambil jalan pintas untuk berkuasa
Jika orang yang bercinta suka guna bomoh
Mereka tidak sanggup sabar , tabah dan cekal dalam menghadapi cabaran hidup mereka. Mereka tidak mahu ambil jalan yang susah.
Mereka lebih suka untuk memilih lebuh raya sedangkan mereka serba mengetahui lebuh raya itu walaupun jalannya lebih cepat dan pantas.
Mereka sanggup bayar tol. Tol kematian sebab statistik sudah menunjukkan kadar kematian tertinggi berlaku di jalan raya berpuluh kali ganda lebih berisiko dan tinggi berbanding jalan biasa.
Ada kalanya mungkin Tuhan itu Maha Adil untuk memberi kelebihan dan kekurangan kepada setiap benda di dunia ini.
Mereka yang mungkin miskin dan tidak mampu membeli kereta. Berbasikal dan berjalan menggunakan kaki namun kadar kematian golongan ini hampir tidak pernah kita dengar apatah lagi ketahui.
Mereka yang ada motosikal dan apatah lagi kereta juga ada kelebihan mereka namun risiko kematian juga paling tinggi.
Kini , tepuklah dada dan tanyalah selerah lagi apabila kita berdepan dengan mana - mana situatsi kehidupan kita
Kita hendak ambil jalan singkat atau jalan yang lebih panjang ?
Maka jawapannya juga sama hendak hidup singkat atau umur panjang ?