Zaid Ibrahim Pemimpin Dunia


Oleh : Shen Yee Aun

Zaid Ibrahim Pemimpin Dunia

Sekirannya kita cuba berteka – teki siapakah yang paling layak menggantikan Anwar maka jawapannya ialah Zaid Ibrahim.

Pertama sekali apabila penulis menyatakan pendirian sedemikian bukan disebabkan penulis mengukur kehebatan dan kualiti yang ada pada Anwar. Hal ini disebabkan kesemua kualiti yang ada pada Anwar majoriti pemimpin dalam Pakatan Rakyat juga memiliki kualiti tersebut.

Cuma kehebatan Anwar dalam Pakatan Rakyat adalah disebabkan beliau mampu untuk merapatkan jurang dan menstabilkan perhubungan sesama kompenan parti Pakatan Rakyat. Oleh itu, maka rasionalah penulis berpendirian bahawa Zaid Ibrahim merupakan calon yang paling sesuai untuk mengetuai Pakatan Rakyat termasuk menjadi pelapis dan pengganti Anwar. Hal ini disebabkan beliau merupakan pemimpin yang mampu memainkan fungsi yang dimainkan oleh Anwar dalam Pakatan Rakyat.

Hal ini juga bukan disebabkan Zaid Ibrahim adalah seorang pemimpin berbangsa Melayu maka penulis terus memberi justifikasi beliau paling layak mengetuai negara Malaysia di Putrajaya pada masa akan datang. Kalau Zaid Ibrahim pada hari ini adalah seorang Cina , India , Kadazan atau apa bangsa sekalipun asalkan bangsa Malaysia maka beliau juga yang paling layak mengetuai takhta ini.

Walaupun penulis merupakan seorang Cina tetapi penulis berani menyatakan bahawa Zaid Ibrahim jauh lebih baik daripada Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang untuk menerajui pimpinan negara. Juga lebih baik berbanding Karpal Singh dan mana – mana pemimpin HINDRAF di negara kita. Kelebihan Zaid adalah beliau berjaya memaparkan beliaulah benar – benar memiliki darah Cina , India , Melayu , Kadazan , Bidayu dan pelbagai lagi bangsa di Melayu bukan melalui perkataan dan retorik semata – mata berbanding majoriti pemimpin dalam Pakatan Rakyat termasuk Anwar. Ada pepatah Inggeris menyatakan Action Speaks Louder than words. And the action came from Zaid and the words came from us. That makes him different from the rest of most leaders in Pakatan where words come from their mouth but the true action came from us.

Mungkin ramai tertanya – tanya mengapa tidak Azmin Ali ? Tepuklah dada dan tanyalah selera apabila kita hendak memilih seorang calon pemimpin negara maka calon tersebut mesti popular dalam kalangan ahli parti atau sebenarnya dalam kalangan masyarakat Malaysia ? Mungkin Azmin Ali lebih berpengaruh  , berkuasa dan popular dalam Parti Keadilan Rakyat berbanding Zaid Ibrahim tetapi keadaan ini tidak menandakan bahawa sokongan dalam PKR merupakan sokongan dalam kalangan rakyat termasuk sokongan daripada pelbagai parti kompenon dalam Pakatan Rakyat.

Ya. Azmin Ali merupakan calon terbaik untuk menerajui PKR tetapi Zaid pula merupakan calon terbaik untuk menerajui negara. Negara dan parti politik adalah dua perkara dan landasan yang jauh berbeza. Seseorang tidak perlu dan semestinya menjadi seorang pemimpin parti baharu layak memimpin negara walaupun selama ini kita terikut – ikut dengan budaya sedemikian. Budaya tersebut selama 52 tahun mungkin budaya UMNO dan Barisan Nasional tetapi tidak melambangkan budaya ini adalah budaya yang patut diamalkan oleh Pakatan Rakyat.

Kalau kita hendak berbicara tentang siapa yang berkuasa dalam parti maka layak menggantikan Anwar atau negara maka persoalannya kini adakah Anwar merupakan Pengerusi PKR ? Adakah Nik Aziz merupakan Pengerusi PAS dan adakah Lim Kit Siang memiliki sebarang jawatan dalam DAP kini melainkan hanya seorang AJK Pusat sahaja ?

Penulis berani mencabar mana – mana NGO luar yang suka membuat kajian dan tinjauan rakyat. Antara Zaid dan Azmin di mata rakyat siapa akan mendapat undi peratusan terbaik. Samalah dengan keadaan masyarakat Cina memilih Ong Tee Keat tetapi MCA memilih Chua Soi Lek.

Penulis tidak pernah menyatakan Azmin Ali tidak hebat. Hebat. Tetapi hebat sebagai panglima dan Jeneral perang tidak semestinya hebat sebagai seorang pemimpin negara. Analoginya sehebat – hebatnya Pele , Christiono Ronaldo , Lionel Messi dan Wayne Rooney sebagai pemain bola sepak tidak semestinya mereka hebat sebagai jurulatih seperti Alex Ferguson , Jose Moriunho , Arsene Wenger dan sebagainya. Sebaliknya juga Alex Ferguson , Jose Moriunho , Arsene Wenger dan lain – lain jurulatih yang hebat sebagai jurulatih yang hebat tidak semestinya mereka merupakan seorang pemain bola sepak yang hebat. Soal bermain bola dan menguruskan bola adalah 2 perkara yang berbeza.

Begitu juga dengan Lin Dan dan Chong Wei yang hebat tidak semestinya hebat seperti Misbun Sidek dalam melatih pemimpin badminton. Walaupun tidak pernah menafikan ada juga pemain dan jurulatih yang hebat seperti Rexy Mainaiky. Namun berapa rami pemimpin yang bersifat Rexy Manaiky di negara kita?

Kalau Tun Mahathir tidak menyukai Zaid Ibrahim lagi menunjukkan Zaid Ibrahim itu hebat sebab sejarah telah membuktikkan Tun Mahathir  cenderung untuk tidak menyukai mereka yang hebat seperti Tengku Razaleigh , Tungku Abdul Rahman , Tun Musa Hitam , Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebagainya.

Mungkin ada pertikaian yang menyatakan Zaid tidak cukup Islam dan Melayu tetapi adakah orang yang mempertikaikan isu ini benar – benar memahami apakah itu erti sebenar seorang Islam dan Melayu yang tulen ?

Bukankah seorang Melayu yang menjadi kaya dan berjaya dalam hidup tanpa sebarang kontrak , AP , rasuah dan sebagainya sebenarnya Islam dan Melayu sejati ? Bukankah seorang Melayu dan Islam yang tidak pernah ada skandal seks , pembunuhan dan jenayah menandakan itu merupakan seorang Melayu dan Islam sejati ? Berbanding pula pemimpin tertentu yang menjerit Ketuanan Melayu dan Islam tetapi sebaliknya melakukan perbuatan sedemkian maka adakah itu cukup Melayu dan Islam ?

Wahai. Sedarlah bangsa Malaysia. Jangan sesekali kita mengukur tahap keislaman dan kemelayuan seseorang melalui jeritan dan laungan semata – mata tetapi tindakan dan perbuatan mereka yang sepatutnya mencerminkan realiti sebenar. Sesungguhnya Islam dan Melayu yang sebenar adalah mereka yang memaparkan sifat mereka dengan penuh kesederhanaan dan bukannya radikal dan keterlaluan.

Kita hanya ada 3 pemimpin alaf baharu daripada setiap parti komponen Pakatan Rakyat yang memiliki sifat dan nilai sedemikian. Zaid Ibrahim dari PKR , Nizar dari PAS dan Tuanku Abdul Aziz dari DAP. Cuma secara kebetulan mereka adalah Melayu. Bukan disebabkan bangsa mereka penulis mengukur dan mengiktiraf kepimpinan pemimpinan negara yang ada pada mereka bertiga. Pemimpin lain mungkin lebih bersifat Malaysia daripada majoriti pemimpin Barisan Nasional tetapi masih belum lagi cukup Malaysia termasuk Anwar sendiri. Bahkan Gobolakrisna dari PKR lebih Malaysia daripada Anwar , Hadi Awang dan apatah apatah apatah lagi Lim Guan Eng.

Tidak kira Zaid menang atau kalah beliau wajib berada di Parlimen. Kalau kalah pun paling layak dilantik menjadi Senator. Anybody from PKR or Pakatan if trying to reduce Zaid Ibrahim influence or power the people or Malaysia will first bring you down to teach you a lesson for your action against their HERO. He is our Zeus. Begitu juga dengan sesiapa dalam Pakatan dan PAS yang hendak menyekat kebangkitan Nizar .

4 Responses to “Zaid Ibrahim Pemimpin Dunia”

  1. Kenntzen Says:

    Have you ever heard or witness coke intoxicate and slowly destroying ppl lives?

    I had the opportunity of working in Papua New Guinea and witness many Papuan regularly drinking coke and having their lives wasted by this dangerous drink. The production plant there produces more coke for 5million populations than our coke plant for 27million.

    Even the Harvard graduates are not being spared. Imagine the health bills and the waste incurred. The practically looked like zombies and lost their mind after their coke fix.

    I will not be surprised if Malaysian is suffering the same and our Govt is not disclosing them to public.

    Perhaps, some religious body could come out with some eddict to discouarge the so called religious ppl from drinking coke & smoke.

    The same goes to SMOKING and don’t just point finger on alcohol drinks.

  2. Shen Yee Aun Says:

    That the job of Bilderberg. The secret society that control the world…:)

  3. Kenntzen Says:

    Shen,

    I hope you take on this Ridhuan Tee fella.

    So pissed off to read that he used Confucious’s quote in Hulu Selangor.

    Confuscious is 5000 years old lah, pls dun compare.

  4. Shen Yee Aun Says:

    Where is it?

Leave a Reply